/* ----------------------------------------------- Blogger Template Style Name: Rounders 4 Designer: Douglas Bowman URL: www.stopdesign.com Date: 27 Feb 2004 ----------------------------------------------- */

Saturday, January 27, 2007

Dosa menggelapkan hati...


Assalamualaikum...

Dah lame rase nyer tak update blog ni..I've been busy with my university stuff. Takut nyer bile dah nak start belajar balik ni..nervous plak tu nak ke negeri orang..hehe.. Takpe2...go me! huhu~

Di mana2 pun org boleh buat dosa. Like me for example, duduk rumah je doesn't mean senang nak lari dari dosa. In fact, lagi senang leka bila kita di tempat yg selesa, contoh nyer di rumah sendiri. Banyak melakukan dosa boleh membuatkan hati seseorang itu rosak kerana lama kelamaan perkara baik akan dipandang buruk dan perkara buruk pula dipandang baik. Maka, nanti jadilah hati seperti yg disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW yg bermaksud: "(Hati yg) tidak lagi menganggap baik perkara yg baik, dan tidak menganggap buruk perkara yg buruk, melainkan apa yang disukai oleh hawa nafsunya." Org yg banyak melakukan dosa semakin renggang hubungannya dgn Allah dan umat islam lain. Ini kerana seseorang yg patuh kepada perintah Allah akan dekat kepadaNya.

Org yg melakukan dosa akan berasa sempit dadanya, manakala mereka yg taat akan lapang dadanya. Firman Allah bermaksud : "Maka sesiapa yg Allah hendak beri hidayat nescaya Allah berinya kelapangan dadanya untuk menerima (ajaran) Islam. Sesiapa yg Allah hendak sesatkan nescaya Allah sempitkan dadanya dan (membiarkannya) dalam kesukaran seolah-olah ia memanjat langit."

Org yg sentiasa melakukan dosa akan memandang perbuatan dosa itu sebagai perkara kecil. Ibnu Mas'ud pernah berkata : "Sesungguhnya seorang mukmin itu melihat dosanya seperti sebuah bukit yg dibimbangi akan menimpanya. Manakala, seorang yg selalu melakukan dosa akan memandang dosa itu seperti seekor lalat yg hinggap di atas hidungnya." Dosa yg dilakukan itu akan membawa kehinaan, manakala ketaatan pula dapat melahirkan kemuliaan kepada kita. Allah berfirman yg maksudnya: "Sesiapa inginkan kemuliaan, maka sesungguhnya segala kemuliaan itu kepunyaan Allah jua."

Dosa boleh menggelapkan hati sebagaimana amalan kebajikan itu boleh menyinarinya. Ibnu Abbas berkata: "Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa dan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain akan mengutuknya."

Selain itu, dosa boleh juga menghalang seseorang itu daripada mendapat cahaya ilmu. Satu ketika dulu, Imam Malik terpegun melihat Imam Syafie, yg masih remaja ketika itu, kerana kepandaian dan kecerdikannya, lantas beliau berkata: "Sesungguhnya aku melihat Allah mencampakkan ke dlm hati kamu cahaya, maka jangan kamu padamkan cahaya itu dengan kegelapan maksiat." Dosa boleh menyebabkan seseorang itu malas untuk melakukan ketaatan. Seseorang pernah berkata kepada Ibnu Mas'ud: "Saya tidak mampu untuk bangun malam (untuk beribadat)." Jawab Ibnu Mas'ud: "Dosa kamu menjauhkan kamu (daripada ibadat di waktu malam)."

So, hampirilah perkara kebaikan yang insyaAllah akan memberi cahaya kepada hati kita dan at the same time jauhilah kejahatan yang boleh menggelapkan hati, seterusnya menghalang cahaya ilmu. Mari kita same2 berusaha mendapatkn ilmu yg diberkati oleh Allah supaya dapat kite manfaatkn nyer di dunia dan akhirat.

For me yg tak lama lagi nak start blaja balik...bak kate diana, aja aja fighting! huhu~..walaupun phrase tu dari citer fullhouse, it was introduced to me by my beloved busuk friend, Nur Diana Zulkarnain..hehe..

wassalam...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home