/* ----------------------------------------------- Blogger Template Style Name: Rounders 4 Designer: Douglas Bowman URL: www.stopdesign.com Date: 27 Feb 2004 ----------------------------------------------- */

Thursday, November 09, 2006

Nama2 SYURGA...


Assalamualaikum,

Al-Jannah atau Syurga ialah tempat yg disediakan oleh Allah untuk seluruh manusia yg bertaqwa dan taat pada-Nya, serta mejauhi larangan-larangan-Nya. Ia adalah opposite of Neraka. Meraih syurga Allah itu bukanlah sesuatu yg mudah. Dugaan nafsu dan godaan syaitan perlu diharungi sepanjang kehidupan. Segala perbuatan yg kita lakukan hendaklah kerana Allah semata-mata.

Allah telah menjelaskan bahawa kenikmatan di dalam syurga itu kekal dan kesenangan berada di situ akan terus menerus tanpa henti.

"Sifat Syurga yg telah dijanjikan kepada orang2 yg bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air yg tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yg tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yg lazat bagi orang2 yg meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yg suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredhaan dari Tuhan mereka. (Adakah orang2 yg tinggal kekal di dalam Syurga yg sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang2 yg tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dari air yg menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (Sudah tentu tidak sama!)" ~Muhammad (SAW) : ayat 15~


Dalam Al-Quran ada disebutkan juga bahawa syurga itu adalah seluas seluruh langit dan bumi, sebagaimana firman Allah Ta'ala yg bermaksud;

"Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal2 yg baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat syurga yg bidangnya seluas segala langit dan bumi, yg disediakan bagi orang2 yg beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya, yg demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikan kepada sesiapa yg dikehendaki-Nya, dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yg besar." ~Al-Hadiid : ayat 21~


FIRDAUS;

"Sesungguhnya orang2 yg beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka syurga Firdaus, sebagai tempat kembali (yg serba mewah). Mereka kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah daripadanya."

~Al-Kahfi : ayat 107-108~

JANNATU 'ADN;

"Mereka itu (orang2 beriman), disediakan baginya Jannatu 'Adn, yg mengalir dibawahnya beberapa sungai, mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang2 tangan emas, dan memakai pakaian hijau dari sutera yg nipis dan sutera tebal yg bersulam, mereka berehat di dalamnya di atas pelamin2 (yg berhias)."

~Al-Kahfi : ayat 31~

JANNATUN NA'IIM;

"Sesungguhnya orang2 yg beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh syurga yg penuh dengan berbagai nikmat. Kekallah mereka di dalamnya; demikian dijanjikan Allah, janji yg tetap benar, dan Dialah jua yg Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

~Luqman : ayat 8-9~

JANNATUL MA'WA;

"Adapun orang2 yg beriman dan beramal soleh, maka mereka akan beroleh Jannatul Ma'wa, tempat tinggal yg tetap sebagai balasan bagi apa yg mereka kerjakan."

~As-Sajdah : ayat 19~

DARUS SALAAM;

"(Itulan dia kesudahan kehidupan dunia), dan sebaliknya Allah menyeru manusia ke Darus Salaam (negeri yg aman sentosa), dan Dia sentiasa memberi petunjuk hidayah-Nya kepada sesiapa yg dikehendaki-Nya (menurut peraturan-Nya) ke jalan yg betul lurus (yg selamat itu). "

~Yunus : ayat 25~

DARUL MUQAAMAH;

"Tuhan yg telah menempatkan kami (orang2 yg bersyukur kepada-Nya), di Darul Muqaamah (negeri yg kekal) dengan limpah kurniaNya semata-mata. Di situ kami tidak akan merasa penat lelah dan tidak pula merasa resah."

~Faatir : ayat 35~

AL-MAQAAMUL AMIIN;

" Sesungguhnya orang2 yg bertaqwa (akan ditempatkan) di Al-Maqaamul Amiin (tempat tinggal yg aman sentosa) ."

~Ad-Dukhan : ayat 51~

Wassalam...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home