/* ----------------------------------------------- Blogger Template Style Name: Rounders 4 Designer: Douglas Bowman URL: www.stopdesign.com Date: 27 Feb 2004 ----------------------------------------------- */

Saturday, September 16, 2006

Kunci Kebahagiaan adalah IBADAH


Assalamualaikum...

Apa makna sebenar kebahagiaan?
Kebahagiaan itu bukanlah milik orang yg berpangkat atau banyak harta tetapi ia adalah milik orang yg bertaqwa kepada Allah. Kebahagiaan yg hakiki terletak pada ketenangan jiwa, kelapangan dada, akhlaq yg mulia serta sifat bersyukur dan qana'ah dengan nikmat yg dikurniakan Allah. Oleh itu, segala perintah-Nya hendaklah dipatuhi dan larangan-Nya perlu dijauhi demi mencapai kebahagiaan. Ibadah2 wajib seperti solat lima waktu tak boleh kita ambil ringan.

Mulakanlah setiap hari kita dengan solat subuh yg khusyuk dan sempurna. Semoga kita berada dalam lindungan dan jagaan Allah sepanjang hari. InsyaAllah, kita akan rasa dipelihara dari segala perkara yg tak baik dan hina, malah dipermudahkan jalan untuk melakukan kebaikan. Hari-hari yg kita lalui, jika tidak dihiasi dengan solat fardhu tidak akan diberkati Allah.


Solat boleh dikira sebagai tanda kemenangan dan kemuliaan seseorang insan. Beruntunglah orang-orang yg menunaikan solat lima waktu sehari semalam dengan penuh kesungguhan. Merekalah yg memiliki kebahagiaan hakiki yg kita cari selama ni. It might sound simple but think again. Berapa ramai orang yg meninggalkan ibadah2 wajib hari demi hari tetapi masih rasa diri bahagia? "Who needs God? Who needs religion when you can live a carefree life and be happy all the time?" Na'uzubillah... Janganlah tertipu dengan nikmat dunia yg hanya sementara ni.

Terlalu ramai yg masih terpedaya dan menyangka bahawa kebahagiaan itu terletak pada jumlah wang, rumah besar, kereta mewah, pakaian yg cantik2 serta makanan yg enak. Wake up and stop being so materialistic. Sebuah keluarga yg tinggal di dalam rumah papan kecil, dimana ahli-ahlinya beribadah kepada Allah seperti menunaikan solat fardhu dan puasa di bulan Ramadhan, adalah keluarga yg lebih bahagia jika dibandingkan dengan keluarga2 yg tinggal di dalam istana cantik tetapi ahli-ahlinya tidak mengenal Allah. Tidak guna pun kita hidup mewah jika tidak pernah meluangkan masa berzikir mengingati Allah dan tidak mengikut sunnah Rasulullah SAW.

Kita kena ingat bahawa kebahagiaan itu bergantung pada iman, amal dan akhlak seseorang. Kebahagiaan kita berbeza dengan kebahagiaan orang-orang bukan Islam. Siapa kata kita perlukan filem-filem yg merosakkan akidah, muzik dan nyanyian yg melalaikan serta majalah2 hiburan yg tidak berfaedah untuk mendatangkan kebahagiaan? Is life boring without all those things? That's a lie. We don't live in this world for all those things. Jauhilah hidup yg tidak bermatlamat dan tidak menuju redha Allah.

Mari kita sama2 ingat-mengingati antara satu sama lain untuk mendirikan solat di awal waktu dengan bersungguh2, membaca Al-Quran setiap hari, bersedekah, berzikir memuji Allah dan berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Amal makruf, nahi mungkar. Semoga Allah memberikan kita ketenangan dan kebahagiaan yg hakiki.

Wassalam...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home