Bacaan Al-Quran sebagai hadiah..
Assalamualaikum...
Suatu malam, seorang ahli ilmu telah bermimpi berada di sebuah tanah perkuburan. Dia melihat ahli2 kubur keluar dari kubur mereka dan mengambil sesuatu yg dia tidak ketahui. Kemudian, dia ternampak salah seorang daripada ahli2 kubur itu tidak turut serta mengambil 'sesuatu' itu, seperti yg lain. Lalu, dia pun mendekatinya dan bertanya, "Apakah yg diambil oleh orang-orang itu?". Ahli kubur itu pun menjawab, "Itu adalah kiriman hadiah daripada muslimin dan muslimat, iaitu bacaan Al-Quran, sedekah atau doa.
Ahli ilmu itu pun bertanya, "Mengapa kamu tidak turut serta mengambil hadiah2 itu bersama mereka?".
"Aku sudah kaya", jawabnya.
"Kaya dengan ape? Bagaimana kamu boleh kaya?", dia itu bertanya lagi.
Ahli kubur itu pun menjawab, "Setiap hari, anakku akan mengirimkan hadiah satu khataman Al-Quran kepadaku." Dia juga memberitahu bahawa anaknya adalah seorang penjual di pasar.
Maka, setelah sedar dari tidur keesokkan harinya, ahli ilmu itu pergi ke pasar yang disebut dalam mimpinya untuk cuba mencari anak kepada ahli kubur itu. Di pasar itu, dia ternampak seorang penjual yang sedang berkumat-kamit mulutnya.
Dia pun pergi ke arah pemuda itu dan bertanya, "Mengapa mulut kamu tidak berhenti berkumat-kamit sejak dari tadi lagi?".
"Saya sedang membaca ayat Al-Quran dan menghadiahkannya untuk ayah saya yang telah meninggal dunia", jawabnya.
Kemudian, dia pun tahu bahawa pemuda itu adalah anak kepada ahli kubur di dalam mimpinya malam tadi dan pulang ke rumah.
Setelah lama berlalu peristiwa mimpi itu, ahli ilmu itu bermimpi lagi berada di tanah perkuburan yang sama dan melihat ahli2 kubur keluar dari kubur mereka, sama seperti dalam mimpinya yg lepas. Tetapi, dalam mimpinya kali ni, ahli kubur yg dahulu duduk sahaja, kini turut sama 'mengambil' hadiah daripada muslimin dan muslimat seperti ahli2 kubur yg lain. Setelah sedar dari tidurnya, dia pun segera pergi ke pasar, untuk berjumpa dengan anak kepada ahli kubur itu. Tiba sahaja di pasar itu, dia diberitahu bahawa pemuda itu telah pun meninggal dunia. Jadi, ahli kubur di dalam mimpinya itu tidak lagi kaya, tetapi sama seperti ahli2 kubur yg lain.
Ayat2 Al-Quran boleh dijadikan hadiah untuk orang yg masih hidup ataupun orang yg sudah meninggal dunia.
Hadiah ni sangat istimewa dan tak memerlukan wang walaupun sedikit. Ia lebih berharga dari benda2 yg kita boleh jumpa di Memory Lane, Lovely Lace atau mana2 gift shop di shopping complex.
Jangan risau. Allah tu Maha Kaya. Jadi, jika kita membaca ayat2 Al-Quran dan menghadiahkan kepada orang lain, kita tetap akan dapat pahala. Kita tak akan rugi apa2 malah Allah akan lebih sayang pada kita kerana sifat 'giving' dan tak pentingkan diri sendiri. Apabila kita membaca ayat2 Al-Quran untuk seseorang, dia tidak akan tahu tetapi Allah sahaja yg mengetahui. Itulah yg penting, betul tak?
If you have a mindset that presents must always come in a wrapped box, just imagine that your 'present', bacaan A-Quran, is neatly wrapped in a special box that would only be opened in alam Barzakh (the time when he or she might really need it). You don't have to give people expensive presents everyday, just to let them know how much you care. Sedangkan, kalau sepotong ayat Al-Quran dibaca dedicated to them setiap hari, lagi berharga. Jimat duit (hadiah, kad, kotak, pembalut hadiah, riben...etc) dan jimat masa (drive ke shopping complex, pilih hadiah, balut hadiah...etc). However, you still have to be nice to people la. You can't treat people like dirt..I mean..treat them badly, and expect them to know you care about them just because you recite ayat2 Al-Quran and dedicated it to them everyday. Please remember, sunnatullah must be applied all the time (chewahh..macam physics concept pulak). Enough anis, mula mengarut dah ni. I better stop before keluar topik pulak...chow~
Al-Quran panduan penunjuk jalan,
Sunnah Rasul penerang kegelapan,
Untuk kita sampai kepada Allah.
Al-Quran boleh menenangkan hati,
Dan melapangkan jiwa
Elok dibaca dengan adabnya dan difahami
Jika tidak, bukan saja tidak dapat pahala
Berdosa pula...
Bila Al-Quran mekar di hati
Dan sunnahnya mengawal peribadi
Pasti hidup kan dirahmati
Di dunia dan akhirat
Al-Quran mengandungi hikmah
Dengan keberkatannya
Sunnah rasul jadi ikutan
Jadi amalan dalam kehidupan
Tenang jiwa hidup bahagia
Itulah jaminan-Nya
Wassalam...












0 Comments:
Post a Comment
<< Home