Apabila dicintai Allah...
Assalamualaikum,
Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari daripada Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud:
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman: "Sesiapa yg memusuhi wali-Ku, maka seolah-olah dia sudah berani mengisytiharkan perang dengan-Ku. Tidaklah seorang hamba-Ku bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada-Ku dengan sesuatu yang paling Aku cintai selain daripada kewajipan-kewajipan yg telah Aku wajibkan kepadanya, dan hamba-Ku itu sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan ibadah-ibadah sunnah, sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya, maka Aku akan menjadi pendengarannya yg ia mendengar dengannya, Aku menjadi penglihatan yg ia melihat dengannya, Aku menjadi tangannya yg ia memukul dengannya dan menjadi kakinya yg ia berjalan dengannya, apabila ia meminta kepada-Ku, nescaya Aku akan mengabulkannya dan apabila ia memohon perlindungan kepada-Ku, nescaya Aku akan melindunginya."
Sebagai umat Islam, kita dituntut berusaha menjadi orang yg dicintai oleh Allah Ta'ala. Menjadi orang yg sentiasa dekat dengan Allah dan menjadi salah seorang daripada para wali Allah. Terdapat dua golongan orang2 beriman, iaitu Al-Muqtashid (pertengahan) dan As-Sabiq bil Khairat (orang yg terlebih dahulu melakukan kebaikan).
Al-Muqtashid bermaksud orang yg melakukan ibadah-ibadah fardhu (wajib sahaja) dengan sempurna.
Yang dimaksudkan dengan As-Sabiq bil Khairat pula adalah orang yg melakukan taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah Subhana wa Ta'ala dengan ibadah-ibadah sunnah.
Marilah kita bersama-sama berusaha menjadi para wali Allah dan mendapatkan cinta Allah yg agung. Beruntung la orang2 yg dilindungi dan diredhai Allah hidupnya di dunia dan akhirat.
Wassalam..












0 Comments:
Post a Comment
<< Home