Ramadhan tiba lagi
Assalamualaikum...
KELEBIHAN PUASA (AL-QURAN dan HADITH)
"Berpuasalah, kerana puasa membawa kebaikan kepada kamu, sekiranya kamu mengetahuinya." (surah Al Baqarah: 184)
"Tiap-tiap kebajikan yang di-kerjakan oleh manusia akan dibalaskan 10 kali ganda hingga 700 kali ganda, kecuali puasa dikerjakan oleh hambaKu untuk Aku, maka Aku (Allah) akan membalaskannya." (Riwayat Abu Hurairah)
"Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraannya, gembira ketika berbuka dan gembira ketika berjumpa dengan TuhanNya (di hari Kiamat)." (Riwayat Abu Hurairah)
"Puasa itu menjadi perisai." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
"Doa orang yang berpuasa tidak sekali-kali akan ditolak oleh Allah." (Riwayat Tarmizi)
KELEBIHAN RAMADHAN
Sabda Nabi Muhammad SAW di dalam sebuah hadith yang bermaksud: "Telah datang kepada kamu bulan Ramadan, yang penuh berkat, Allah memberi perlindungan kepada kamu, menurunkan rahmatNya, membersihkan dosa-dosa, mengkabulkan doa. Ia (Allah) akan memberikan perhatian yang sungguh-sungguh kepada segala kebajikan kamu dan para malaikat mengalu-alukan kamu; maka perlihatkanlah kepada segala perkara yang baik-baik. Sesungguhnya orang yang ingkar itu yang diharamkan oleh Allah daripada mendapat rahmatNya."
"Bulan Ramadan, yang diturunkan di dalamnya Al Quran, menjadi petunjuk kepada manusia." (Al Baqarah: 185)
"Malam Lailatul Qadar lebih utama daripada 1000 bulan." (Al Qadr: 3)
"Barangsiapa yang mengerjakan puasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan kepada Allah dan benar-benar mengharapkan keampunan, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dapat membersihkan diri dengan mengeluarkan zakat fitrah. "Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadan sebanyak satu sa' (2.3 kg) kurma atau gandum kepada tiap-tiap orang Islam merdeka atau hamba lelaki atau perempuan." (Riwayat Bukhari dan Muslim)












0 Comments:
Post a Comment
<< Home