Mengumpat..dipandang remeh..
Assalamualaikum...
Mengumpat ni..semakin lama, semakin org pandang remeh. Rasa tak berdosa..tak malu..siap mengaku dgn bangganya lagi. Hebat betul org zaman skrg kn? Kadang2, bukan sebab ilmu takde..tp sikap yang suka ambik ringan perkara2 yg berkaitan dgn agama..atau dgn dosa pahala. Mungkin diorg terasa macam boleh tahan dgn balasan Allah di akhirat nanti..tak tau la.
Dalam perjalanan Rasulullah SAW dari Masjidil Haram ke Baitul Maqdis, iaitu semasa bersama2 Jibril, banyak kejadian aneh yg dialami baginda. Salah satu darinya, Rasulullah SAW menyaksikan orang2 yg sedang mencakar-cakar wajah dan dada mereka dengan kuku mereka sendiri yg pada saat itu, kuku mereka telah berubah menjadi kuku tembaga. Baginda pun bertanya kepada Jibril: "Siapakah mereka, wahai Jibril?". Jawab Jibril: "Mereka ibarat orang yg suka mengumpat dan mendedahkan aib dan rahsia orang kepada orang lain (samada kepada seorang atau ramai orang)."
Perbuatan ni bukan saje merosakkan nama baik orang, tp boleh merosakkan perpaduan umat Islam. Orang yg suka mengumpat dan mendedahkan aib orang boleh buat masyarakat huru-hara. Bahaya tau..
Apa maksud mengumpat sebenarnya? Kalo kite bercerita tentang kawan kite kepada orang lain, dikira mengumpat ke? Kalo menyebarkan berita tentang seorang artis terkenal kepada orang ramai, kena tanggung dosa mengumpat jugak ke? Kalo setakat share gossip terkini takkan la salah kot?
Maksud mengumpat ada dijelaskan dalam hadith Riwayat Imam Muslim, yg bermaksud: Rasulullah SAW bertanya kepada para sahabat, "Tahukah kamu apa yg dikatakan mengumpat?". Sahabat menjawab, "Allah dan Rasul sahaja yg mengetahui." Nabi berkata, "Maksud mengumpat ialah apabila kamu membicarakan sesuatu perkara tentang sahabat kamu yang kalau didengarnya dia tidak suka." Sahabat bertanya, "Bagaimana kalau perkara itu memang benar ada padanya." Jawab baginda, "Sekiranya benar ada, itulah yang dinamakan mengumpat tapi jika tidak benar, maka ia dinamakan fitnah."
Jadi, buat la penilaian sendiri tentang dimana kedudukan gossip sebenarnya. Tak perlulah bangga jika dikenali sebagai Minah Gossip atau Mat Gossip (ada jugak kn?), kerana hakikatnya, memang buruk perbuatan menggossip tu, walaupun golongan ni la yg dianggap up-to-date dengan isu2 hangat.
Firman Allah SWT dalam ayat 12, Surah Al-Hujurat, bermaksud: "...Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain dan janganlah sesetengah dari kamu mengumpat saudara kamu yang lain. Apakah kamu suka memakan daging saudaramu yg telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat,) maka sudah tentu kamu merasa jijik kepadanya. (Oleh itu,) bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
Sabda Nabi SAW, ertinya: "Sesungguhnya Allah amat benci kepada orang yang jahat lidahnya (suka mengumpat, mencaci, menfitnah dan menyakiti hati orang lain)." Hadith Riwayat Tirmizi.
Sedarlah bahawa mengumpat tu menghapuskan pahala ibadah. Abu Umamah al-Bahili r.a. berkata: "Di akhirat kelak, ada hamba Allah yg terperanjat apabila diberi kitab amalannya dan didapati banyak sekali tercatat pahala kebaikan yang tidak pernah dilakukannya. Lalu, apabila hamba itu bertanya, 'Wahai Tuhanku, dari mana datangnya semua pahala kebaikan ini?', jawapannya, 'Itulah hasil daripada umpatan orang lain terhadap kamu dibelakangmu ketika di dunia dahulu, sedangkan kamu tidak mengetahuinya.' "
Fikir-fikirkanlah, kerana mungkin selama ni kita tak sedar yang kita ni sebenarnya mengumpat atau mendedahkan aib orang. Mungkin jugak perbuatan ni dah menjadi kebiasaan sampai susah nak berhenti secara tiba2. Jadi, cubalah kurangkan mengumpat orang sikit demi sikit. Sampailah satu tahap yang akan timbul balik rasa bersalah bila kita mengumpat orang lain.












0 Comments:
Post a Comment
<< Home