/* ----------------------------------------------- Blogger Template Style Name: Rounders 4 Designer: Douglas Bowman URL: www.stopdesign.com Date: 27 Feb 2004 ----------------------------------------------- */

Wednesday, July 18, 2007

Kelebihan Rejab?


A
ssalamualaikum...

WoOaaH..lame nyer x update blog ni..more than 2 months kalo x silap..huhu~ busy sbb study ke? Hmm..tp result x gempak pun..Apa2 pun, I'm back..hopefully, I will update more often from now on (heard that before, huh?)..hehe..=) InsyaAllah~


Today is 6rd Rejab 1428H.
I realized that Rejab is quite a popular month compared to some other months dlm kalender Islam..(paling popular Ramadhan and Syawal la kot..hehe~..) Apa sebenar nyer kelebihan bulan Rejab dari bulan2 Islam yg lain? Ada ke ibadah2 khas utk dilakukan dalam bulan Rejab? When I was in school, I thought Rejab, Syaaban and Ramadhan are the 3 special months in da Islamic calender. Why? Because I read/heard somewhere a hadith, "Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan umatku." Hmm...betul ke ni? Let's go through 'fadhilat2' yg dikatakan terkandung dlm bulan Rejab ni.


Firman Allah surah at-Taubah 9, ayat 36: "Sesungguhnya bilangan bulan2 di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yg telah ditetapkan) dalam kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, diantaranya empat bulan yg dihormati. Ketetapan yg demikian itu ialah agama yg betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan2 yg dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta org2 yg bertakwa."

"..empat bulan yg dihormati" itu adalah empat bulan haram iaitu Muharram, Rejab, Zulkaedah dan Zulhijjah menurut Tafsir Jalalain. Umat Islam dilarang berperang didalam bulan2 ini kecuali jika diugut.

Rejab merupakan salah satu dari bulan2 haram. Jadi, fadhilat bulan Rejab sama saja dengan fadhilat bulan2 haram yg lain.
Mazhab Hanbali mengatakan bahawa makruh jika menetapkan bulan Rejab sahaja untuk berpuasa sunat. Tidak ada hadith sahih yg mengatakan berpuasa didalam bulan Rejab lebih afdhal. Sama saja berpuasa pada hari pertama ataupun hari yg lain. Hanya ada satu hadith hasan iaitu "Sesungguhnya Rasulullah (SAW) banyak berpuasa didalam bulan Syaaban". Rasulullah (SAW) tidak berpuasa satu bulan penuh melainkan bulan Ramadhan.

Menurut Sheikh Atiyyah Al-Saqr, former head of Al-Azhar fatwa department, byk fadhilat Rejab datang dari hadith yg sangat lemah dan palsu. Contoh hadith Dha'if : "Sesungguhnya didalam syurga ada sebatang sungai yg dipanggil Rejab, warna airnya putih dari susu, manisnya lebih manis dari madu, barangsiapa yg berpuasa satu hari dari bulan Rejab, maka Allah akan memberi ia minum dari sungai itu."

Sheikh Dr Yusuf Al-Qardawi menyatakan bahawa hadith yg mengandungi fadhilat Rejab, "Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku, Ramadhan bulan umatku..", adalah munkar dan sangat2 dha'if manakala ada beberapa ulama' mengatakan hadith ini palsu. Menurut beliau lagi, sebagai umat Islam, kita perlu tahu jenis2 hadith palsu, lebih2 lagi dengan adanya banyak buku2 dan kitab2 tentang taraf hadith dipasaran.

Satu contoh hadith maudhu': "Kelebihan Rejab atas segala bulan bagaikan kelebihan Al-Quran atas segala zikir; kelebihan Syaaban atas segala bulan adalah seperti kelebihan Muhammad (SAW) atas segala para nabi; dan kelebihan Ramadhan atas segala bulan bagaikan kelebihan Allah atas segala hamba-Nya."

Mari kita sama2 meningkatkan qualiti amalan kita kepada Allah dan semoga kita terus berusaha melatih diri mengamalkan sunnah2 Rasulullah (SAW). Go go, come on young muslims..Allahu Akbar! hehe...=P

sumber: al-ahkam.net =)

Wassalam...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home